Merupakan amaun anggaran cukai yang perlu dibayar terlebih dahulu atau pra-bayar untuk tahun taksiran berikutnya. Jika jumlah CP500 anda bayar adalah RM1,200 & pada tahun berikutnya, anda dikenakan cukai RM1,500, anda hanya perlu membayar yang terkurang sahaja iaitu RM300 pada tahun berkenaan. Sebaliknya, jika cukai dikenakan RM500 sahaja, maka RM700 (1200-500), akan dikembalikan kepada anda. Jadual CP500 sebagaimana contoh di bawah dibayar sebanyak 6 kali ansuran. Jangan lewat dari tarikh yang diberi. Penalti mungkin dikenakan di atas kelewatan. InfoBiz | CP500 | Bayar Hasil | Key-In InfoBiz | Nombor PIN | Kesilapan Pembayar Cukai | 10 Perkara Wajib Tahu | Pengurusan Cukai Online