Merupakan amaun anggaran cukai yang perlu dibayar terlebih dahulu atau pra-bayar untuk tahun taksiran berikutnya.
Jika jumlah CP500 anda bayar adalah RM1,200 & pada tahun berikutnya, anda dikenakan cukai RM1,500, anda hanya perlu membayar yang terkurang sahaja iaitu RM300 pada tahun berkenaan. Sebaliknya, jika cukai dikenakan RM500 sahaja, maka RM700 (1200-500), akan dikembalikan kepada anda.
Jadual CP500 sebagaimana contoh di bawah dibayar sebanyak 6 kali ansuran. Jangan lewat dari tarikh yang diberi. Penalti mungkin dikenakan di atas kelewatan.
1. Log in ke https://byrhasil.hasil.gov.my/ 2. Masukkan No. Kad Pengenalan Anda. 3. Jumlah Bayaran Cukai Yang Hendak Dibayar 4. Kaedah Bayaran di Atas Talian (Online) Menerusi FPX 5. Ikut Langkah Seterusnya Merujuk Kepada Perbankan Internet Anda. Jika anda log in ke sistem e-filing MyTax InfoBiz | CP500 | Bayar Hasil | Key-In InfoBiz | Nombor PIN | Kesilapan Pembayar Cukai | 10 Perkara Wajib Tahu | Pengurusan Cukai Online
