Pengiraan Penyata Kewangan Secara Online
Ia mudah, cepat, menjimatkan masa & wang.
Bagi memudahkan urusan anda (tidak kira di mana anda berada), pihak kami menyediakan perkhidmatan secara online bagi melengkapkan Borang Cukai Pendapatan LHDN anda termasuk penyata kewangan, kunci kira-kira, pengiraan susut nilai & elaun modal, pendapatan terlaras serta juga pengiraan cukai pendapatan.
Dalam penyediaan penyata kewangan ini, pihak kami akan menyediakan template secara online untuk anda isi maklumat-maklumat perniagaan yang diperlukan seperti jumlah jualan, belanja-belanja, pembelian aset dan sebagainya dalam sesuatu tahun taksiran..
Segala resit-resit perbelanjaan anda & lain-lain maklumat berkenaan, adalah TIDAK PERLU dihantar kepada kami. Dokumen berkenaan, anda hanya perlu simpan selama 7 tahun, bagi tujuan rujukan pihak LHDN jika berkenaan.